weuu~ arini nk post pasai nie laa plak..
copy paste sepenuhnya dari rinn kechiik. so sape² yg nak jmp family bf korang tu ley la amik tips² kat cnie..hehe..jom kite layann~~ zassss
Perkara yang patut dilakukan :
1. Sebelum turun dari kereta boypren anda, tanya dulu satu soalan penting berbunyi seperti ini:
Eh, I kena tolong masak ke nanti? Tak kan? Tak kan? Sila pastikan bahawa anda tidak dipaksa untuk memasak kalau masih hanya pandai menggoreng telur dan memasak nasi lembik sahaja. Hihihi.
2. Melangkah masuk ke rumah dengan penuh ayu sambil tersenyum kepada sesiapa yang menyambut kedatangan anda! Penting kerana ini adalah first impression mereka terhadap anda. Sampai dalam rumah sila cium tangan dan pipi ibu/mak cik/nenek boypren anda ye. Jangan cemolot pulak! Bahaya nanti. Hihihi.
3. Pastikan anda telah memakai losyen Vaseline (aku syorkan) supaya tangan lebih lembut dan sila pastikan mulut anda berbau sangat nicee agar tak ada yang pengsan bila anda berborak dengan mereka nanti. Hihihi.
4. Approach mak/nenek/mak cik boypren anda dengan mesra dan sila mulakan satu topik yang sesuai disembangkan dengan mereka. Contoh pasal salasilah keluarga diorang ataupun isu-isu semasa seperti tsunami kat Jepun. Jangan pulak nak bercerita tentang heels branded kesayangan anda dan sebagainya. Eeuww tak minat!
5. Kalau adik-beradik boypren anda ada sekali waktu tu, borak la jugak topik yang sesuai. Tapi lebih baik sebelum jumpa mereka, usha-usha la facebook ahli keluarga boypren anda tu untuk tahu serba sedikit tentang mereka! Hihihi. Contoh, kalau anda tahu yang adik boypren anda tu minat atau suka sangat dengan sesuatu yang agak sama dengan anda, buka lah topik tersebut. Tentang cerita korea ke, konsert super junior ke atau apa-apa lah yang sesuai!
6. Kalau dapat makan tengahari/petang/malam sekali tu tolonglah hidang-hidang makanan ye. Dah tak reti masak tu, tunjuk lah skill menghidang anda pulak. At least ada sesuatu yang boleh dibanggakan! Hihihi.
7. Kalau bertuah, anda mungkin dapat berjumpa sekali dengan moyang/nenek boypren anda! So silalah duduk berborak dengan mereka di dapur dan cari topik yang boleh dibincangkan dengan warga tua ni.
Paling penting, jangan asyik menggedik nak join boypren anda tengok bola kat depan tv! Karang free-free kena reject, adoyai maluu!
8. Kalau ada budak-budak kecil/baby kat rumah tu, main-main la dengan mereka. Tunjuk sikit skill anda melayan kanak-kanak tersebut, barulah nampak sifat keibuan anda! Hahaha, merepek!
9. Dan ada ketikanya kita perlu berlakon masa berjumpa mereka ni. Tapi tak perlulah banyak-banyak sangat dan over sangat sebab nanti kena cop hipokrit pulak. Berlakon tu maksudnya bagi aku adalah seperti janganlah tunjuk sangat perkara-perkara yang kita selalu buat kat rumah ataupun ketika dengan kawan-kawan seperti gelak kuat-kuat sampai nak pecah telinga orang sebelah. Ataupun bercakap dan duduk ala-ala tomboi. Hihihi.
Hahahaa. Sempoi kan??? Perlu dicoba.
10. Yang paling penting sekali, sepanjang pertemuan anda dengan keluarga boypren anda tu, silalah tunjuk muka manis dan janganlah bersikap poyo walaupun anda dalam keadaan kurang selesa seperti tengah period dan sebagainya. Hihihi.
0 Pelayan citer aku:
Post a Comment